Wednesday, August 1, 2012

Lokasi

Lokasi pusat ini yang strategik di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di mana merupakan kawasan baru yang berdekatan dengan dua buah hospital utama iaitu Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

Kawasan ini memberi akses yang mudah kepada pesakit yang datang dari kawasan berhampiran seperti di Kajang, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Serdang. Selain itu terdapat juga Pasar Borong Selangor serta pasaraya besar seperti Jusco, gian dan lain-lain prasarana seperti Pejabat Pos dan bank-bank yang mana memberi kumudahan kepada ahli keluarga yang menghantar atau menemani pesakit sekiranya mereka perlu menguruskan hal-hal peribadi sambil menunggu pesakit menjalani rawatan.

Lokasi premis yang terletak di kawasan baru yang kurang sesak memudahkan perjalanan ketika pesakit hadir untuk rawatan. Kawasan kurang sesak ini juga membuatkan pesakit merasa lebih tenang ketika rawatan.

Pengenalan mengenai Nefro i-Care

[gambar centre]

Pusat Dialisis Nefro i-Care dibawah kendalian Syarikat Deen Revolution Sdn. Bhd. merupakan syarikat swasta milik bumiputera sepenuhnya dan telah beroperasi mulai 15.November.2010.

Penubuhan pusat ini adalah untuk menawarkan perkhidmatan rawatan haemodialisis kepada pesakit yang telah disahkan mengalami kegagalan ginjal oleh doktor Pakar Nefrologi.